Pengerusi SERANG, sdr Budiman dengan kerjasama ketua pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan, sdr Riduan Mahidin telah mengadakan sidang media bertempat di Pejabat UMNO Bahagian PJ Selatan. bertujuan mendesak kerajaan negeri selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar menunjukkan dimanakah lokasi rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi memudahkan anak muda memohon perumahan tersebut.
turut hadir sama memberi sokongan Dato Azman Chin, ketua penerangan pemuda BN Selangor, sdr Surenthiran Suren, Ketua Pemuda PPP Selangor, sdr Juan, Penyelaras DUN Bukit Gasing serta ramai lagi daripada wakil-wakil pemuda BN negeri selangor
selepas sidang media, sdr Riduan Mahidin telah membawa semua sahabat melawat sebuah rumah flat kos rendah yang didiami oleh 4 buah keluarga kelamin, tinggal dalam sebuah rumah dengan begitu sesak sekali
di sebelah petang pula, SERANG telah mengedarkan topeng Mask kepada para peniaga serta pengunjung pasar malam taman sri manja