Mesyuarat PIBG SMK Taman Medan telah berlangsung pada 19/2/2012 bertempat di Dewan SMK Taman Medan, telah di Rasmikan oleh Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik, Penyelaras DUN Taman Medan
kehadiran ibu bapa yang amat menggalakkan demi perjuangan anak-anak menghadapi masa depan dengan berbekalkan ilmu pelajaran
Datin Wong Fong Leng turut hadir ditemani oleh Pengetua SMK Taman Medan, Datin Khairiah
Sdr Johari Maarof selaku Pengerusi PIBG SMK Taman Medan sedang menyampaikan ucapan aluan
Datin Khairiah Pengetua SMK Taman Medan memberitahu bahawa pada tahun lepas seramai 7 pelajar telah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR pada 2011 berbanding hanya 3 orang pada 2010. semoga pencapaian yang amat menggalakkan ini dapat diteruskan dari masa ke semasa dengan sokongan & dokongan semua pihak termasuk ibu bapa
senarai nama2 pelajar kelahiran SMK Taman Medan yang mendapat keputusan cemerlang PMR 2011
Penyelaras DUN Taman Medan, Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik, mewakili Senator Ir Dato' Donald Lim Siang Chai telah merasmikan mesyuarat PIBG SMK Taman Medan. selaku anak jati kelahiran Negeri Selangor & bekas anak murid SRK jalan 10 P.Jaya, Raja Dato' Hanipuddin yang kini menyandang jawatan Penyelaras DUN Taman Medan snts berusaha meningkatkan quality hidup & pelajaran anak-anak penduduk PJS. pelbagai usaha telah dilakukan & juga pelbagai usaha sedang dilakukan bagi membantu sedaya yang termampu di buat oleh beliau demi memastikan sekolah-sekolah dalam kawasan PJS setanding dengan dikawasan lain
demi memartabatkan quality pembelajaran anak-anak di sekolah, selepas berbincang dengan Pengerusi BN PJS Senator Dato' Ir Donald Lim, maka Raja Dato' Hanipuddin telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada SMK Taman Medan
Pelajar2 yang telah berjaya mendapat keputusan PMR 8A
Persembahan Nasyid daripada pelajar SMK Taman Medan
bab ni Admin rasa teruja sikit, he he... Guru-guru turut memberi komintmen...
kumpulan Koir guru2 SMK Taman Medan
kita..... 1 Malaysia...............
No comments:
Post a Comment