Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diminta menukar jadual perjalanan bas komuniti di Petaling Jaya Selatan (PJS) di sini kepada waktu yang lebih sesuai dengan keperluan mereka yang memerlukan perkhidmatan percuma itu.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik berkata, masa laluan bas tersebut tidak menepati keperluan pengguna yang memerlukan di kalangan masyarakat PJS.
Menurutnya, jadual perjalanan bas yang ditetapkan adalah pada pukul 9.30 pagi, 11.30 pagi, dan 2.30 petang dilihat tidak sesuai.
"Kebanyakan warga emas tidak dapat pergi ke pasar pada awal pagi. Malah, pelajar-pelajar sekolah yang datang dari keluarga berpendapatan rendah juga tidak berkesempatan untuk menikmati perkhidmatan bas tersebut.
"Oleh itu saya mencadangkan masa perjalanan bas tersebut ditukar kepada 6.30 pagi bagi pusingan pertama, 12.30 tengah hari bagi pusingan kedua dan 6 petang bagi pusingan ketiga," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat aduan berkenaan jadual perjalanan bas tersebut kepada Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman.
turut hadir bersama ialah Datin Wong Fong Leng, Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan Dato' Donald Lim Siang Chai, Puan Sharon Lam, Ketua Wanita MCA PJS, Datin Paduka Hjh Norkhaila bt Jamaluddin, Mantan Adun Taman Medan serat beberapa NGO PJS.
Katanya, jika perubahan dibuat mengikut masa yang dicadangkan pihaknya, warga emas akan dapat ke pasar pagi dan pelajar juga sempat menghadiri sekolah pada waktu yang telah di tetapkan.
.
"Saya berharap Datuk Bandar dapat mempertimbangkan perkara ini kerana ia demi kepentingan penduduk setempat yang kurang berkemampuan.
No comments:
Post a Comment