Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian PJS telah diadakan pada 30hb Ogos,
bertempat di Singgah Sana Hotel PJ, jam 8.30 malam. kehadiran hampir 300 perwakilan pemuda dari seluruh cawangan-cawangan UMNO PJS telah dirasmikan dengan jayanya oleh pemangku Ketua UMNO Bahagian PJS,
Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS, Sdr Riduan Mahidin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir, juga termasuk kepada semua AJK-AJK pemuda serta sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat tahunan ini
beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja yang telah menjadi wakil Perhubungan Pemuda UMNO Selangor dan tidak lupa juga kepada wakil-wakil daripada UMNO Bahagian PJS
No comments:
Post a Comment