Seluruh warga UMNO Bahagian PJ Selatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.
setiap tahun UMNO Bahagian PJ Selatan yang diketuai oleh pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan akan mengadakan program qurban. lembu-lembu tersebut akan diagihkan kepada Pusat Daerah Mengundi & sayap-sayap parti, seterusnya pengerusi Pusat Daerah Mengundi akan menguruskan bersama masyarakat setempat dan sayap-sayap parti akan menguruskan bersama jentera masing-masing.
sama juga dengan tahun ini, pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan telah mengagihkan lembu mengikut Pusat Daerah Mengundi dan sayap-sayap parti. pada tahun ini juga sayap-sayap parti telah bersepakat mengadakan siri qurban bertempat di perkarangan pejabat UMNO bahagian PJ Selatan agar semua rakan-rakan dapat meraikan bersama dalam satu kekeluargaan dan Pusat Daerah Mengundi mengadakan siri qurban dikawasan masing-masing bersama masyarakat setempat.
pemangku Ketua UMNO Bahagian PJ Selatan, Raja Dato Hanipuddin turut bersama penduduk setempat meraikan majlis Qurban anjuran UMNO Bahagian PJ Selatan
sdr Ridzuan ketua pemuda, sdr Feruddin naib ketua pemuda turut sama membantu
Datuk Abdul Mutalif , sdr Jamal & sdr Johari turut hadir
No comments:
Post a Comment