PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti itu supaya tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej, perspektif dan nama parti itu.
Sebaliknya, beliau menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu agar menggunakan Lembaga Disiplin Umno sebagai saluran utama membuat aduan atau rasa tidak puas hati membabitkan isu parti, termasuk keputusan pemilihan Umno baru-baru ini.
"Jangan keluarkan kenyataan-kenyataan yang kadang kala tidak berasas, kita menuding jari, pada hal betul atau tak betul, sahih atau tidak sahih kita tidak tahu.

"Oleh kerana kita tak dapat (jawatan), kita marah. Jangan ikutkan hatilah.
Saya sarankan kepada semua ahli Umno, kalau ada masalah rujuk kepada ibu pejabat, kita ada jawatankuasa disiplin, lembaga disiplin, ada cara untuk salurkan luahan untuk disiasat," katanya.
Tengku Adnan diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meluahkan pandangan mengenai pemilihan Umno, selepas gagal merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) melalui ruangan pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Oktober lepas.
Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kepentingan parti perlu diutamakan daripada kepentingan sendiri.
"Bila kita menuding jari, perspektif terhadap parti tidak baik. Jadi saya sarankan kepada semua, sesiapa sekalipun ahli Umno, kalau mereka ada masalah, balik kepada jawatankuasa (jawatankuasa disiplin) yang ditubuhkan.
"Apa lagi mereka hendak salahkan parti kerana parti sekarang amat terbuka, dari segi pemilihan pun amat terbuka," katanya.
Menurutnya, pemilihan Umno baru-baru ini jelas menampakkan sikap keterbukaan dalam menyuburkan amalan demokrasi yang perlu dihargai dan bukan diperkecilkan oleh anggota parti itu sendiri.
Ditanya sama ada Nur Jazlan sudah membuat aduan di Lembaga Disiplin Umno, Tengku Adnan berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu belum berbuat demikian.
"Dia (Nur Jazlan) sebut kepada umum tetapi dia (Nur Jazlan) sendiri belum buat aduan dengan jawatankuasa disiplin," katanya.
sumber di Sini
No comments:
Post a Comment