Berikutan bencana banjir yang telah melanda beberapa di negeri pantau timur dengan teruk sekali, pergerakan pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan telah melancarkan satu badan sukarela bantuan kemanusiaan yang dapat membantu masyarakat setempat dan seluruh negara yang dikenali sebagai unit sukarela PJS.
"Tujuan utama adalah membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dalam berbagai bencana" - sdr Ridhuan bin Mahidin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS
YM Raja Dato' Hanipuddin, ketua UMNO Bahagian PJS pula berkata, tenaga kerja sukarelawan terkumpul setakat ini seramai tujuh puluh orang termasuk daripada pemuda, wanita, puteri UMNO PJS serta belia PJS dengan diperkuatkan lagi bersama 4 buah pickup 4x4 beserta peralatan, telah bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sahaja.
menurut beliau lagi, sebelum ini UMNO PJS dengan kerjasama Kawasaki Motors (Malaysia) telah menghantar bantuan makanan satu lori kontena yang telah diserahkan kepada biro kebajikan umno malaysia untuk diagihkan kepada mangsa bencana banjir.
wanita UMNO PJS pula telah berjaya menghantar sumbangan-sumbangan kepada mangsa banjir, yang telah disumbangkan oleh penduduk sekitar PJS.
YM Raja Dato' Hanipuddin juga berkata, penambahan tenaga kerja akan dilakukan sepanjang masa untuk membolehkan lebih ramai ahli masyarakat untuk terlibat dalam kerja kemanusiaan ini, begitu juga dengan peralatan terkini yang lebih canggih lagi.
unit sukarelawan PJS sudah bersiap sedia menunggu isyarat daripada badan perhubungan UMNO Negeri Selangor untuk dihantar ke tempat bencana
YM Raja Dato' Hanipuddin
Ketua UMNO Bahagian PJS
sdr Ridhuan Bin Mahidin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS
No comments:
Post a Comment