Admin tertarik apabila membaca satu nukilan daripada pengguna facebook yang bernama Miskiyah Mijan. tanpa rasa putus asa dan jemu berusaha, sememangnya beliau memang layak mendapat anugerah 'MALAYSIA BOOK OF RECORDS' sebagai Most Number Of Million
Dollar Round Table Qualifiers in Company!!!
Panggilan 2086...
Ketika itu sy diberikan no hp beliau oleh seseorg yg baru sy
kenal 2 hari dan sy masih baru sangat dalam industri Insuran. Masih tercari2
siapakah prospek2 utk dijadikan client. Sebagai seorg surirumah sepenuh masa
sebelum itu memang sy tiada sesiapa utk dihubungi...maka bermulalah perjalanan
sy membuat panggilan telefon kpd sesiapa sahaja setiap hari tanpa gagal.
Rejection....????
Adalah asam garam kehidupan dan sebati dgn jiwa ,
sehinggalah pada satu hari sy menelefon beliau tapi jawapan amat hampa sekali.
Tiada pernah terjawab setiap panggilan...hari demi hari..minggu demi
minggu...bulan demi bulan..yg ada cuma 'voice mail' sahaja. Setiap bulan bila
bil telefon tiba pasti no hp beliau paling banyak tertera dgn kadar sepuluh sen
setiap panggilan. Sy cuba dan cuba lagi kerana bagi sy selagi beliau tidak
menjawab panggilan beerti beliau tidak menolak panggilan,mungkin beliau benar2
sibuk... itu prinsip sy pada masa itu.
Sehinggalah bulan yg ke 6 dgn jumlah panggilan sebanyak 2086
barulah kedengaran suara beliau menjawab panggilan tersebut!!!!! Skrip pada
masa itu ialah' Sy Miskiyah dari Great Eastern dan membuat panggilan kpd En
selama 6 bulan...terima kasih akhirnya menjawab panggilan dan sy hargai
sangat2.. Beliau terdiam seketika, mungkin sdg memikir betul ke dia call sy
selama 6 bulan?? Lantas sy katakan buktinya smua bil telefon sy tertera nama
beliau dgn jumlah panggilan sebanyak 2086!... Sambung beliau' sy xpernah jumpa
dgn seorg ejen insuran yg consistent and persistent dlm membuat panggilan. Esok
dtg ke pejabat sy...
Pertama kali bertemu ,beliau seorg yg nmpk serius dan tegas!
Mungkin kerana tertarik dgn latarbelakang sy sebagai seorang bekas pengembala
lembu dan ingin mengubah kehidupan keluarga, banyak nasihat yg di berikan dan
masih ingat lagi kata2 beliau sehingga kini...'Miskiyah, dalam apa jua bidang
yg kita lakukan kena buat bersungguh2...jangan mudah mengalah. Sy yakin
Miskiyah akan berjaya suatu hari nanti' Setelah beberapa kali temujanji
akhirnya bersetuju utk mengambil 88 polisi utk semua staff beliau!
Alhamdulillah ungkapan yg mampu sy ucapkan ketika itu. Dan
dlm masa yg sama kebanyakan staff mengambil polisi secara peribadi dgn sy utk
keluarga masing2...Malam itu sy mengisi borang sehingga jam 5.30 pagi..
Alhamdulillah pada tahun yg sama nama MISKIYAH BINTI MIJAN
dinobatkan dalam 'MALAYSIA BOOK OF RECORDS' sebagai Most Number Of Million
Dollar Round Table Qualifiers in Company!!!
Percayalah setiap usaha murni dgn niat yg betul In Shaa
Allah ada hasilnya, kerana rezeki setiap org itu sudah tertulis dengan syarat
JANGAN PUTUS ASA!!!
Ucapan jutaan terima kasih bila beliau add sy sebagai rakan
dlm fb baru2 ini...terima kasih...terima kasih YM Raja Dato' Hanipuddin, Smoga
dipermudahkan segala urusan..Aamiin..
#MiskiyahMijanAgency#
#fromzerotohero#
Full time/Part time
0163239873
YM Raja Dato Hanipuddin bin YM Raja Dato' Nong Chik
No comments:
Post a Comment